PENGENALAN

 

 


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Selamat Datang ke KEDAI ARAB ONLINE USTAZAH


Kami Sangat Mengalu-alukan Kedatangan Anda ke blog KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.

 Laman ini di sediakan bagi memudah anda membeli produk dari KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE tanpa perlu membuang masa atau menempuh kesesakkan lalu lintas.

ANDA BOLEH :

1.     Melihat –lihat

2.    Window shoping

3.     Membuat belian

 

 3 LANGKAH MUDAH ANDA PERLU LAKUKAN Selepas anda membuat pilihan barangan yang diinginkan :

a)               BUAT TEMPAHAN

b)                BUAT PEMBAYARAN

c) EMAILKAN SLIP PEMBAYARAN


3 LANGKAH MUDAH AKAN KEDAI ARAB ONLINE USTAZAH AKAN  LAKUKAN :

a)       MENERIMA TEMPAHAN

b)        MEMBUNGKUS BARANG YG DIPESAN

c) MENGHANTAR PESANAN 

 

DI KEDAI INI ANDA BOLEH MEMBELI BARANGAN :  

1.  MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN

2. PRODUK MAKANAN ARAB YANG LAIN

 

Anda juga boleh membaca artikel-artikel di bahagian Sudut Ilmu berkaitan topik-topik tentang pemakanan.


Semoga anda bergembira dan berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Diharap agar anda selesa melaksanakan aktiviti membeli barangan di KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE disini.

WASSALAM.

CHEF USTAZAH

............................................................

PERKHIDMATAN KAMI

1. Menjual barang-barang runcit arab seperti : 

a) makanan arab yang dibotolkan

B) MAKANAN ARAB YANG DITINKAN

C) MAKANAN ARAB YANG DIKERINGKAN

d) DLL


2. KATEGORI MAKANAN ARAB YANG DIJUAL

A) MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN ARAB

B) REMPAH-RATUS

C) KUIH-KUIH ARAB

D) LAIN-LAIN MAKANAN


........................................................................


PENGASAS






Latar Belakang Pengasas
Ustazah Hajjah Wan Habsah binti Wan Ahmad adalah seorang graduan dari Mu’tah University Jordan mendapat ijazah dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam.  Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Universiti Malaya untuk mendapat ijazah Sarjana  (M.A).  Pernah dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk mengikuti Kursus Dakwah di Syria, kemudian bekerja dengan NGO Muslim selama 4 tahun sebagai Penganalisis.  Di waktu yang sama beliau merupakan Pendakwah Bebas dan Penceramah Motivasi Pelajar, Motivasi Pekerja dan Motivasi Kekeluargaan.  Beliau juga merupakan penceramah kepada Kursus-Kursus Kekeluargaan Islam.  Selain itu beliau mengendalikan Kelas-Kelas Agama dan Fardu Ain, Kelas Bahasa Arab dan Kelas Hafazan Al-Quran.  Beliau banyak dijemput berceramah dan menjadi ahli panel Forum di bawah anjuran Jabatan-jabatan Kerajaan dan Swasta, Sekolah-sekolah, Universiti-universiti, Masjid, Persatuan-persatuan dan lain-lain di seluruh Malaysia.  Ustazah juga pernah mengendalikan Rancangan Ceramah Pilihan di Radio Kelantan f.m. selama 4 tahun. Ustazah juga sebelum ini berkhidmat sebagai Pensyarah di UiTM Shah Alam.
Latarbelakang keluarga pula terlibat dalam bidang perniagaan, di mana ibu ustazah merupakan seorang pengusaha Restoren lebih dari 20 tahun yang sangat terkenal di Kota Bharu, Kelantan.  Mewarisi kepakaran memasak daripada ibu sendiri, serta menimba pengalaman beberapa tukang masak tersohor di Kota Bharu, Kelantan dan beberapa pengusaha makanan  yang  berjaya, maka beliau menubuhkan Fatha Marketing dan memulakan perniagaannya sendiri di rumah secara sambilan pada tahun 2008.  Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan dan perniagaan, beliau mendapati pendapatan dari perniagaan rempah ready-made yang diusahakan di rumah adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan di rumah yang dimiliknya selepas 1 tahun beroperasi.
Semenjak itu, Ustazah Hajjah Wan Habsah bekerja sepenuh masa dari rumah di samping tidak meninggalkan  kerja-kerja dakwah dan sosial dengan hanya menggunakan kepakaran, pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Dalam masa 2 tahun beroperasi, perniagaan Rempah Ready-Made dengan jenama YHM Yes Halal Rempah Ustazah  menjadi semakin giat berkembang.  Kini, ustazah boleh berbangga kerana kilang Rempahnya akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.   Ustazah juga dijemput beberapa kali sebagai penceramah Motivasi Usahawan dan Penceramah dalam Bidang Makanan oleh pelbagai pihak termasuklah oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.  Ustazah juga pernah muncul dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia mengendalikan Segmen Masakan di  RTM 1.
Ustazah juga dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan Kolej Komuniti sebagai jurulatih untuk mengendalikan Workshop Usahawan Katering kepada semua golongan terutamanya ibu tunggal dan surirumah berpendapatan rendah. 

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saya mencari Madu Habatusauda
      +Zaiton oil
      +Zafron oil.
      Jika Ada berapa Kos semua?

      Padam
  2. slm,saya wan zakris anak saudara ustazah habsah,
    saya tinggal di putrajya
    menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

    x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

    1.nasi mandhy
    2.nasi maqlubah
    3.nasi kabsah

    Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
    sesuai makan untuk 5-7 org
    -wan zack 017-2479884 prefer whatsap

    ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak beli rempah sahaja boleh? taknak beras.

      Padam
  3. Assalamu'alaikum.
    Jika saya nak melawat kedai ustazah boleh ke ?

    T kasih

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ustazah. boleh dapatkan no telefon?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...ada susu nido tak

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,,teh yaman ade tak?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum ustazah,

    Saya Laila...boleh saya dapatkan contact no ustazah ataupun email address?

    BalasPadam
  8. boleh sy dapatkan alamat di kota baharu dan no tel sekali.stok rempah nasi arab mandi dan kabsah sy telah habis.

    BalasPadam
  9. harga biji hasbbatus sauda berapa

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum ustazah.. Ada jual kunafa x.. Ustazah blh wasap sya x 0196283680

    BalasPadam