Habbatus Sauda'


HABBATUS SAUDA’   MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN






HABBBATUS SAUDA’  adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji HABBBATUS SAUDA’  Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk HABBBATUS SAUDA’  ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.





Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
Gunakanlah HABBBATUS SAUDA’  kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
HABBBATUS SAUDA’  Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. HABBBATUS SAUDA’  ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .





Umat Islam khususnya lebih bergantung kepada penggunaan HABBBATUS SAUDA’  kerana yakin dengan sunnah rasulullah (saw). Ini digambarkan dalam hadith sahih bukhari yang bermaksud, “TETAPLAH DENGAN KEPENTINGAN PENGGUNAAN HABBATUS SAUDA KERANA PASTI DI DALAMNYA TERDAPAT SEMBUHAN UNTUK SETIAP KESAKITAN KECUALI MAUT”. Sehingga kini umat Islam seluruh dunia masih mengamalkan sunnah rasulullah (saw).
Antara bahan-bahan kandungan HABBBATUS SAUDA’  ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, HABBBATUS SAUDA’  dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa HABBBATUS SAUDA’  dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan HABBBATUS SAUDA’  antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
 7 ciri-ciri utama HABBBATUS SAUDA’  :
1. Nilai pemakanan
HABBBATUS SAUDA’  dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya      ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, HABBBATUS SAUDA’  berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). HABBBATUS SAUDA’  mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, HABBBATUS SAUDA’  mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati HABBBATUS SAUDA’  berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . HABBBATUS SAUDA’  didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
HABBBATUS SAUDA’  didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam HABBBATUS SAUDA’  menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Melayukini.net - Untuk pengetahuan para pembaca, di Timur Tengah, minyak HABBBATUS SAUDA’  ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.
Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
Source Article from http://melayukini.net/2012/01/7-khasiat-habbatus-sauda-menarik/
7 Khasiat Habbatus Sauda (Menarik!)
http://melayukini.net/2012/01/7-khasiat-habbatus-sauda-menarik/
http://melayukini.net/feed/
Informasi Malaysia Kini
Portal Hub Berita Menarik Malaysia






Pada abad ke 13, seorang doktor Arab mendakwa HABBBATUS SAUDA’  boleh digunakan untuk lebih 50 penyakit. Antaranya ialah lelah, masalah pernafasan, masalah sistem penghadaman, sembelit, jangkitan penyakit, hati yang bermasalah, pembengkakan, lenguh sendi, masalah tenaga batin dan keseluruhan kesihatan amnya. Secara tradisional, HABBBATUS SAUDA’  digunakan untuk pelbagai keadaan dan rawatan bermula dari pernafasan, gangguan perut, usus, buah pinggang, hati, peredaran darah, sistem ketahanan diri dan keseluruhan kesihatan. HABBBATUS SAUDA’  memainkan peranan penting dalam merawat kanser. Ia dapat mengurangkan glukos pada pesakit kencing manis, memberi kelegaan ketika kedatangan haid, berkesan untuk pesakit kulit dan mengimbangi serta menguatkan sistem ketahanan diri. Ia juga berkemampuan menghalang kerosakan gigi, melegakan pembengkakan prostat, ketidakselesaan akibat menopaus.









Dalam persidangan tahunan pertubuhan persekutuan pengkaji2 biologi Amerika Syarikat ke 71, satu kertas kerja telah dibentangkan bagi menyokong dakwaan perubatan HABBBATUS SAUDA’  . Percubaan biologi yang dijalankan menunjukkan ia bertindakbalas mengimbangi dan menguatkan sistem ketahanan diri. Sejak 1959, lebih 200 kajian dijalankan di universiti2 antarabangsa dan artikel2 diterbitkan dalam majalah saintifik membuktikan hasil yang menakjubkan seperti yang tercatat 1400 tahun dahulu. Pada 1960, pengkaji Mesir telah mengesahkan keberkesanannya dalam membantu mengatasi masalah lelah. Saintis Jerman pula mengesahkan habbatus sauda sebagai pembasmi bakteria. Para saintis di makmal “canser and immuno-biological” mendapati habbatus sauda merangsang tulang sum2 dan sel2 ketahanan diri, menambah pengeluaran interferon, sel normal dan bilangan antibodi. 


Pengkaji2 Amerika Syarikat telah membuat laporan pertama ke serata dunia mengenai kesan minyak habbatus sauda ke atas ketumbuhan, “study of the effects of nigella sativa on humans”. Walaupun HABBBATUS SAUDA’  sangat berkesan, kajian2 yang dijalankan ke atas penggabungan dengan herba lain memberikan hasil yang memberangsangkan.




Semua cendekiawan yang unggul di zaman dahulu dan sekarang telah menulis tentang kelebihan perubatan dan kandungan penyembuhan habbatus sauda. Perubatan Islam mendapati HABBBATUS SAUDA’  berkebolehan mengekalkan kesihatan dan memulihkan suhu badan. Tabib di Madinah merujuk kepada sunnah rasulullah (saw) dalam hal berkaitan pesakit. Imaam ibn al Qayim di dalam bukunya, Tibb al Nabawi, banyak menyebut tentang rawatan perubatan rasulullah (saw) dan penekanan beliau terhadap herba ini. Ibnu Sina, seorang ahli falsafah dan doktor Parsi yang terkenal menyifatkan HABBBATUS SAUDA’  sebagai perangsang tenaga dan pemulih semangat dan keletihan. Zahbi, seorang ulama’ berpendapat, HABBBATUS SAUDA’  mengeluarkan segala halangan yang ada dalam sistem tubuh. SUMBER :  http://izzrawda.wordpress.com/2008/08/28/khasiat-habbatus-sauda/


NOTA : SUBHANALLAH, MASYA-ALLAH SESUNGGUHNYA SETIAP PENCIPTAAN ALLAH ITU MENJADI TANDA-TANDA BAGI ORANG YANG MAHU BERFIKIR. MARILAH KITA HIDUPKAN SUNNAH DENGAN KEMBALI KEPADA MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN IAITU HABBATUS SAUDA’ .




UNTUK MEMBELI DAN MEMBUAT ORDER BOLEH TEMPAH MELALUI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE MENJUAL MINYAK HABBBATUS SAUDA’  . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan