AHLAN WASAHLAN ILA/WELCOME TO
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE
SELAMAT PAGI/ SELAMAT TENGAHARI/ SELAMAT MALAM KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, MUKMININ DAN MUKMINAT DATO’-DATO’, DATIN, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T.
DENGAN LAFAZ :
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE
ALHAMDULILLAH, Saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengumumkan perasmian kedai arab online saya di sini: http://kedaiarabustazahonline.blogspot.com/.
Blog ini berkonsepkan kedai runcit Arab online.
Mottonya ialah – YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN YANG TERSAYANG
Kini, anda tidak perlu bersusah payah hendak ke Negara Arab, hendak datang ke Kuala Lumpur cari Kedai Runcit Arab, tidak perlu pening-peningkan kepala keluar berjam-jam ke kedai atau pasaraya untuk mencari barang Arab. Lupakan saja masalah minyak kereta, bayaran tol, lupakan masalah bersesak-sesak di pasaraya, jem dan panas mentari, hanya duduk di rumah, buat pilihan di blog/ facebook KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE, buat bayaran dan barang itu akan dihantar ke MUKA PINTU RUMAH ANDA ATAU YANG TERSAYANG! MUDAH BUKAN?
Penghantaran akan dibuat dengan khidmat Pos Malaysia / Syarikat- syarikat Penghantaran Yang Diiktiraf di Malaysia.
SESUAI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI ATAU DIJADIKAN HADIAH BUAT YANG TERSAYANG
SESUAI UNTUK SEBARANG ACARA ATAU MAJLIS
SESUAI DIJADIKAN HADIAH UNTUK :
HARIJADI
PENGANTIN
DOOR GIFT
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
ZIARAH ORANG SAKIT
ZIARAH JIRAN
ZIARAH KENALAN
KENAIKAN PANGKAT
PERSARAAN
MERAIKAN KEJAYAAN
DAN LAIN-LAIN
Masih ada beberapa lagi barang yang belum saya updatekan di dalam KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE ini. Insya-Allah, sedikit demi sedikit saya akan paparkan di sini.
Masih terdapat banyak kekurangan pada kedai kami ini, al-maklumlah masih baru lagi. Namun kami berharap SAHABAT-SAHABAT SEMUA DAPAT MENYOKONG PRODUK-PRODUK KELUARAN MUSLIM DEMI JIHAD EKONOMI UNTUK DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN UMAT ISLAM SELURUHNYA!
Jika ada sebarang komen dan cadangan boleh terus ke Facebook KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.
SAKSIKAN BAGAIMANA PRODUK DURRA DIHASILKAN DENGAN MESIN-MESIN CANGGIH DAN TERKINI, PEMBUATAN YG MENITIK BERATKAN KEBERSIHAN DAN BAHAN MENTAH TERBAIK DAN YG PALING PENTING HALALAN THOYIBBA. UTK ANDA DAN YG TERSAYANG
PRODUK DURRA DARI BUMI ANBIYA' (SYAM/SYRIA)
salah satu produk dari Arab Saudi iaitu Madu al-Shifa
Sebagai Permulaan PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI Mari Kita Ikuti Satu TAZKIRAH Berkenaan PEMAKANAN DALAM ISLAM
Makanan dan Minuman Dalam Islam
Pengenalan
Makanan atau minuman dan makhluk tidak di dapat dipisahkan. Tanpa makanan manusia tidak akan dapat bertahan lama untuk hidup, mungkin sehari, dua hari atau seminggu atau mungkin sebulan sahaja. Selepas itu manusia akan mati jika tidak mendapat bekalan makanan atau minuman untuk tubuhnya. Makanan itu sama penting dengan keperluan kita kepada oksigen untuk bernafas.
Kenapa Makanan dan Minuman Penting Untuk Manusia
• Makanan dan Minuman Adalah Asas Untuk Hidup
Ada ungkapan menyebut : HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP. Ini bermaksud manusia yang hanya hidup semata-mata untuk mengenyangkan kantung perutnya dianggap orang yan hidup untuk makan, dia tidak mengira halal dan haram, dari mana sumber makanan tersebut asalkan dirinya dapat makan sahaja, maka itu sudah memadai baginya. Inilah yang dikatakan makan untuk hidup. Umat Islam diajar makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Ini bermaksud jika kita ingin hidup kita hendaklah memenuhi tuntutan untuk bekerja atau mencari rezeki atau makan makanan hanya yang halal sahaja, yang diperolehi dari jalan yang halal dan makan itu sekadar memenuhi keperluan hidup untuk beribadah kepada Allah, bekerja, belajar dan sebagainya. Oleh itu, manusia makan atau minum untuk meneruskan kelangsungan untuk hidup.
• Sumber tenaga dan memberi zat khasiat untuk keperluan badan membesar dan menggantikan sel yang mati apabila bergerak, bekerja, bersenaman, berfikir, belajar dll.
Untuk bergerak, membesar dan berkembang manusia memerlukan makanan yang memberikan sumber tenaga utama kepada sistem. Lihatlah contoh bagaimana anak-anak mangsa peperangan atau pelarian di Negara-negara miskin kurus kering, dihurung lalat, perut membuncit, dihinggapi banyak penyakit dan ramai juga yang mati kebuluran kerana tidak cukup makanan dan minuman atau tidak mendapat makanan yang bersih, berkhasiat dan berzat .
• Untuk pembentukan fisiologi dan mental yang sempurna.
Pada kebiasaannya orang yang mendapat bekalan makanan dan minuman yang sempurna dan baik dan bermutu akan mempengaruhi perkembangan mental dan fizikalnya. Mereka akan menjadi orang yang sihat dan cergas dan dapat menjalankan urusan dengan lancar dan selesa begitulah sebaliknya.
Kenapa Islam Menyuruh Makan Makanan dan Minuman Yang Halal
• Halal haram mempunyai kaitan dengan kepentingan hidup manusia duniawi dan ukhrawi
a) Makanan dan minuman halal yang disyariatkan amat releven dan berkait rapat dengan kepentingan hidup di dunia. Contohnya : Bagi orang Islam manusia disyariatkan supaya menyembelih haiwan yang tertentu bagi menghalalkan daging binatang tersebut di makan. Hikmah Ilahi ialah semoga penyembelihan itu sebagai media pensyariatan sembelihan haiwan bagi mengeluarkan darah yang ada penyakit / virus/ bakteria.
Banyak Soalan Diajukan Kenapa Islam Tidak Membenarkan Makan Babi/Khinzir. Semua bangsa dari seluruh dunia dari zaman dahulu kala hinggalah sekarang menganggap BABI ialah binatang paling KOTOR dan HINA lagi menJIJIKkan. Anologinya kebanyakkan orang di seluruh dunia akan mengucapkan kata-kata kesat apabila menyumpah seranah dengan mereka akan berkata “PIG!” Rasionalnya sejak turun-temurun BABI dianggap binatang paling hina di seluruh dunia.
Islam merupakan satu agama yang benar dan mulia di sisi Allah SWT. Sebab itulah orang-orang yang mulia tidak akan memakan binatang dan daging yang hina lagi menjijikkan. Babi juga adalah binatang yang menjadi agen atau pembawa kepada banyak jenis KUMAN dan VIRUS yang boleh menjadi penyakit MERBAHAYA kepada manusia. Ia ialah pembawa sebenar cacing Pita yang boleh membawa MAUT.
Menurut kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Winconsin terhadap babi mendapati terdapat satu sistem di kerongkong babi yang membolehkan perbagai VIRUS berkumpul di dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada sistem badan manusia. Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi sebagai “MIXING VESSEL” atau “BAHTERA PENGUMPULAN PELBAGAI KUMAN” sebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997.
Selain daripada itu, babi juga didapati tidak mempunyai leher untuk disembelih sebagaimana haiwan-haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman dari dalam badan haiwan itu tidak dapat dikeluarkan. Menurut ajaran Islam, darah binatang adalah NAJIS. Kemungkinan faktor ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya VIRUS di leher babi sebagaimana pendapat Saintis tersebut.
b) Makanan dan Minuman Yang Halal Berkait Dengan Kehidupan di Akhirat.
Sebagai hamba yang dijadikan Allah seluruh hidup dan mati kita hanyalah kerana Allah semata. Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU.”
Jika kita anak kita mesti patuh pada ibubapa kita yang merupakan ketua bagi kita. Jika kita bekerja kita mesti patuh kepada bos atau majikan kita. Sebagai hamba kita mestilah patuh kepada Tuan Kepada Segala Tuan Alam ini iaitu Allah S.W.T. Kepatuhan kepada seluruh perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya. Ini boleh membentuk akhlak & peribadi muslim yang percaya akan hari pembalasan, baik dan buruk yang telah ditentukan Allah. Maka berdosa orang yang mengingkari perintahNya.
MATLAMAT PENSYARIATAN HUKUM HALAL HARAM
n Memelihara kesucian agama
n Memelihara nyawa
n Memelihara jiwa
n Memelihara hartabenda
n Memelihara keturunan
MENGAPA PERLU HALAL
n Makanan membentuk keimanan kita bukan untuk jasmani sahaja.
n Makanan berperanan membentuk rohani yang bertaqwa
n Makanan diperlukan untuk kekuatan jasmani bagi tujuan beribadat kepada Allah
n Akal yang sihat dari badan yang sihat
Rasulullah s.a.w mengajar umatnya dengan sabdanya :
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”
n Pastikan setiap makanan itu halal pada zatnya dan halal pada cara memperoleh
n Firman Allah:
“Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata” (Al-Baqarah 168).
n Makanan yang baik dan halal merupakan prasyarat amalan kebajikan diterima
n Ibarat memasukkan minyak ke dalam pelita
n Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap anggota tubuh badan yang membesar hasil daripada memakan makanan haram, sesungguhnya neraka adalah lebih layak untuknya”.
n Ibarat memasukkan minyak ke dalam pelita
SUMBER HUKUM PEMAKANAN HALAL
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 173
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tidak menyebut nama Allah”.
Di dalam Al-A’raf ayat 157 Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”.
n Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (masbuh), ramai orang yang tidak mengetahui apakah ia termasuk dalam status halal atau haram?. Oleh yang demikian sesiapa yang menjauhi kerana kepentingan agama dan menjaga kehormatannya, maka ia selamat
(Riwayat: Bukhari , Muslim dan Tirmizi)
APAKAH DASAR PEMAKANAN DALAM ISLAM
n Berdasarkan al Quran dan Sunnah didapati Islam menyuruh manusia memakan makanan/minuman:
1. Halal
2. Baik
3. Berkualiti
4. Tidak membawa kemudharatan kepada
fungsi tubuh
5. mental manusia dan makanan itu selari dengan keperluan fitrah manusia.
GARIS PANDUAN MAKANAN MINUMAN BARANG GUNAAN HALAL.
n Terdapat 3 asas utama :
1. Sama ada makanan itu sendiri halal.
2. Sama ada makanan yang didapati adalah
daripada sumber yang halal.
3. Ramuan/ kandungan makanan merbahaya
kepada makanan tersebut.
4. Proses, penyimpanan, pembungkusannya
tidak bercambur dengan yang haram.
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE JUGA INGIN BERKONGSI TENTANG 8 JENIS MAKANAN TERBAIK DI DUNIA.
Ketahuilah,
Ada 8 JENIS MAKANAN TERBAIK di dunia
Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.
1. DELIMA
Saidina Ali berkata :
Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.
1. DELIMA
Saidina Ali berkata :
"Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut". Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. ZAITUN
Rasulullah bersabda :
2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. ZAITUN
Rasulullah bersabda :
"Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati". Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.
4. ZA'FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan:
4. ZA'FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".
5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.
6. HABBATUS SAUDA'
Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
7.MADUFirman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud :
5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.
6. HABBATUS SAUDA'
Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
7.MADUFirman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud :
"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu"
8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)".
8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)".
Ada hadis yang menyebut : "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"
Akhirkata, marilah menyahut seruan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dengan kembali kepada amalan pemakanan SUNNAH dan makanan yang baik untuk KESIHATAN. Semoga beroleh pahala menghidupkan SUNNAH dan mendapat KESIHATAN yang baik dan dinginkan demi TUJUAN berbuat IBADAT pada ALLAH. “Sesungguhnya HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH”
SALAM DARI,
Chef Ustazah
Kedai arab ustazah online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan