Madu


MADU MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN
Madu merupkan makanan Sunnah dan makanan Kesihatan yang sangat terkenal dan diketahui umum.  Kesahihan tetang RAHSIA MADU telah disebut di dalam Al-Quran dan al-Sunnah (Hadis).  Di dalam Surat An Nahl ayat 68-69 Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden
Dalam ayat yang dinyatakan di atas secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia.
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.


Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
 5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.  
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
CARA MENGGUNAKAN MADU:
1. BACA BISMILLAH
2. SELAWAT 3 x
3. BACA YA ALLAH 3 x
4. BACA YA SYAFI 3 x
5. BACA SURAH AN-NAHL AYAT 68-69
6. NIAT SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN KESIHATAN YG BAIK DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT YG DIHIDAPI
BERUBAT DENGAN MADU IKUT PENYAKIT
1.  Batuk : madu + limau nipis (diperah)
2. Menguatkan minda: madu + kismis
3. Menguatkan tulang: madu + susu kambing
4. Menyembuhkan luka dan melecur: sapukan pada luka
5. Lelah dan sesak nafas: madu + lebak putih (diparut dan diperah)
6. Pembersih muka: putih telur + limau nipis (diperah) + madu
7. Pelembap muka:  kobis + madu
8. Melangsingkan badan: madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
9. Tenaga batin: 1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
10.Wanita mengandung: 1 sudu teh + khal (cuka kurma)/ cuka epal + minyak habbatus sawda’ + pati delima. minum 2 kali sehari








BEBERAPA PERKARA PANTANG LARANG BERKAITAN MADU
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.

SEMOGA KITA DAPAT MENGAMALKAN MADU SEBAGAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN. 

KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE JUGA MENJUAL PRODUK MADU AL-SHIFA. ANTARANYA : SET 1, SET 2 (MADU AL-SHIFA DAN MAKANAN SUNNAH), SET 3 MADU (MAKANAN-MAKANAN SUNNAH YG LAIN) SET 4 (MADU DAN MAKANAN SUNNAH YANG LAIN) DAN SET 5 (MADU DAN MAKANAN SUNNAH YG LAIN)



Set 2 Produk

SET 2A (SET MADU AL-SHIFA)
                            
S2A001 - MADU AL-SHIFA 400 G dan PATI BUAH DELIMA 300 G    
                 ( RM 50.00 )
S2A002 - MADU AL-SHIFA 400 G dan BUAH TIN 200 G                     
                 ( RM 40.00 )
S2A003 - MADU AL-SHIFA dan MINYAK HABBATUS SAWDA'     
                 ( RM 54.00 )
S2A004 - MADU AL-SHIFA dan BUAH ZAITUN                                      
                  ( RM 41.00 )
(gambar belum ada)
S2A005 - MADU AL-SHIFA dan CUKA KURMA                          
                 ( RM 50.00 )


JIKA BERMINAT UTK MENDAPATKAN PRODUK MADU AL-SHIFA BOLEH KLIK DI BAHAGIAN PRODUK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan