Ketahuilah
Ada 8 jenis Makanan TerBaik di dunia..
Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang
lebar khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa
khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.
1.DELIMA
... Saidina Ali berkata : "Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana
buah ini berfungsi membersihkan perut". Buah delima baik untuk kerongkong,
dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus,
mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang
kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM
menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses
pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi
perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang
itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang
kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin
dan memberi tenaga tambahan.
3.ZAITUN
Rasulullah bersabda : "Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai
minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati".
Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan
cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan
kandungan kolestrol dalam badan.
4. ZA'FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran
sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina
Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan
su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap
hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".
5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini
mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh
menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia
termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong,
dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air
kecil.
6.HABBATUS SAUDA'
Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam
perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus
Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit
kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : "Dengan itu
keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang
mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia" iaitu penyembuh
penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik
dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi
pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi,
karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga
dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : "Siapa ingin
menghafal, hendaklah ia minum manisan madu"
8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia
hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut :
"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan,
menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan
bau hidung serta mulut"
Terimaksih kpd penulis, saya x ingat drp siapa saya mengambil nota ini. Semoga
Allah memberikan pahala buat anda yg berkongsi info yg berguna ini. -Ustazah
Wan Habsah-
SELAMAT PAGI/ SELAMAT TENGAHARI/ SELAMAT MALAM KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, MUKMININ DAN MUKMINAT DATO’-DATO’, DATIN, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T.
Mottonya ialah – YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN YANG TERSAYANG
Kini, anda tidak perlu bersusah payah hendak ke Negara Arab, hendak datang ke Kuala Lumpur cari Kedai Runcit Arab, tidak perlu pening-peningkan kepala keluar berjam-jam ke kedai atau pasaraya untuk mencari barang Arab. Lupakan saja masalah minyak kereta, bayaran tol, lupakan masalah bersesak-sesak di pasaraya, jem dan panas mentari, hanya duduk di rumah, buat pilihan di blog/ facebook KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE, buat bayaran dan barang itu akan dihantar ke MUKA PINTU RUMAH ANDA ATAU YANG TERSAYANG! MUDAH BUKAN?
Penghantaran akan dibuat dengan khidmat Pos Malaysia / Syarikat- syarikat Penghantaran Yang Diiktiraf di Malaysia.
Sahabat-sahabat semua, di KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE antara produk barangan utama yang saya akan perkenalkan ialah MAKANAN TERBAIK DI DUNIA mengikut SUNNAH dan KESIHATAN selain makanan Arab lain juga boleh didapati.
Makanan tersebut ialah MADU, PATI DELIMA, BUAH ZAITUN DAN MINYAK ZAITUN, BUAH TIN, HABBATUS SAUDA’ DAN MINYAK HABBATUS SAUDA’, KURMA DAN CUKA KURMA, BUAH TIN DAN LAIN-LAIN LAGI.
BARANGAN KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE :
SESUAI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI ATAU DIJADIKAN HADIAH BUAT YANG TERSAYANG
SESUAI UNTUK SEBARANG ACARA ATAU MAJLIS
SESUAI DIJADIKAN HADIAH UNTUK :
HARIJADI
PENGANTIN
DOOR GIFT
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
ZIARAH ORANG SAKIT
ZIARAH JIRAN
ZIARAH KENALAN
KENAIKAN PANGKAT
PERSARAAN
MERAIKAN KEJAYAAN
DAN LAIN-LAIN
Masih ada beberapa lagi barang yang belum saya updatekan di dalam KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE ini. Insya-Allah, sedikit demi sedikit saya akan paparkan di sini.
Masih terdapat banyak kekurangan pada kedai kami ini, al-maklumlah masih baru lagi. Namun kami berharap SAHABAT-SAHABAT SEMUA DAPAT MENYOKONG PRODUK-PRODUK KELUARAN MUSLIM DEMI JIHAD EKONOMI UNTUK DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN UMAT ISLAM SELURUHNYA!
Jika ada sebarang komen dan cadangan boleh terus ke Facebook KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.
DURRA ANTARA JENAMA YG TERKENAL DAN BERMUTU DI SERATA DUNIA. OLEH ITU MENJADI PILIHAN KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE UTK MENJADIKAN SALAH SATU PRODUK UTAMA KEDAI USTAZAH SELAIN JENAMA-JENAMA YANG LAIN. SAKSIKAN BAGAIMANA PRODUK-PRODUK INI DIHASILKAN DGN BEGITU BAIK, HALAL DAN BERMUTU DI KILANG YG DIIKTIRAF ANTARABANGSA.
SAKSIKAN BAGAIMANA PRODUK DURRA DIHASILKAN DENGAN MESIN-MESIN CANGGIH DAN TERKINI, PEMBUATAN YG MENITIK BERATKAN KEBERSIHAN DAN BAHAN MENTAH TERBAIK DAN YG PALING PENTING HALALAN THOYIBBA. UTK ANDA DAN YG TERSAYANG
PRODUK DURRA DARI BUMI ANBIYA' (SYAM/SYRIA)
salah satu produk dari Arab Saudi iaitu Madu al-Shifa
Sebagai Permulaan PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI Mari Kita Ikuti Satu TAZKIRAH Berkenaan PEMAKANAN DALAM ISLAM
Makanan dan Minuman Dalam Islam
Pengenalan
Makanan atau minuman dan makhluk tidak di dapat dipisahkan. Tanpa makanan manusia tidak akan dapat bertahan lama untuk hidup, mungkin sehari, dua hari atau seminggu atau mungkin sebulan sahaja. Selepas itu manusia akan mati jika tidak mendapat bekalan makanan atau minuman untuk tubuhnya. Makanan itu sama penting dengan keperluan kita kepada oksigen untuk bernafas.
Kenapa Makanan dan Minuman Penting Untuk Manusia
•Makanan dan Minuman Adalah Asas Untuk Hidup
Ada ungkapan menyebut : HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP. Ini bermaksud manusia yang hanya hidup semata-mata untuk mengenyangkan kantung perutnya dianggap orang yan hidup untuk makan, dia tidak mengira halal dan haram, dari mana sumber makanan tersebut asalkan dirinya dapat makan sahaja, maka itu sudah memadai baginya. Inilah yang dikatakan makan untuk hidup. Umat Islam diajar makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Ini bermaksud jika kita ingin hidup kita hendaklah memenuhi tuntutan untuk bekerja atau mencari rezeki atau makan makanan hanya yang halal sahaja, yang diperolehi dari jalan yang halal dan makan itu sekadar memenuhi keperluan hidup untuk beribadah kepada Allah, bekerja, belajar dan sebagainya. Oleh itu, manusia makan atau minum untuk meneruskan kelangsungan untuk hidup.
•Sumber tenaga dan memberi zat khasiat untuk keperluan badan membesar dan menggantikan sel yang mati apabila bergerak, bekerja, bersenaman, berfikir, belajar dll.
Untuk bergerak, membesar dan berkembang manusia memerlukan makanan yang memberikan sumber tenaga utama kepada sistem. Lihatlah contoh bagaimana anak-anak mangsa peperangan atau pelarian di Negara-negara miskin kurus kering, dihurung lalat, perut membuncit, dihinggapi banyak penyakit dan ramai juga yang mati kebuluran kerana tidak cukup makanan dan minuman atau tidak mendapat makanan yang bersih, berkhasiat dan berzat .
•Untuk pembentukan fisiologi dan mental yang sempurna.
Pada kebiasaannya orang yang mendapat bekalan makanan dan minuman yang sempurna dan baik dan bermutu akan mempengaruhi perkembangan mental dan fizikalnya. Mereka akan menjadi orang yang sihat dan cergas dan dapat menjalankan urusan dengan lancar dan selesa begitulah sebaliknya.
Kenapa Islam Menyuruh Makan Makanan dan Minuman Yang Halal
•Halal haram mempunyai kaitan dengan kepentingan hidup manusia duniawi dan ukhrawi
a) Makanan dan minuman halal yang disyariatkan amat releven dan berkait rapat dengan kepentingan hidup di dunia. Contohnya : Bagi orang Islam manusia disyariatkan supaya menyembelih haiwan yang tertentu bagi menghalalkan daging binatang tersebut di makan. Hikmah Ilahi ialah semoga penyembelihan itu sebagai media pensyariatan sembelihan haiwan bagi mengeluarkan darah yang ada penyakit / virus/ bakteria.
Banyak Soalan Diajukan Kenapa Islam Tidak Membenarkan Makan Babi/Khinzir. Semua bangsa dari seluruh dunia dari zaman dahulu kala hinggalah sekarang menganggap BABI ialah binatang paling KOTOR dan HINA lagi menJIJIKkan. Anologinya kebanyakkan orang di seluruh dunia akan mengucapkan kata-kata kesat apabila menyumpah seranah dengan mereka akan berkata “PIG!” Rasionalnya sejak turun-temurun BABI dianggap binatang paling hina di seluruh dunia.
Islam merupakan satu agama yang benar dan mulia di sisi Allah SWT. Sebab itulah orang-orang yang mulia tidak akan memakan binatang dan daging yang hina lagi menjijikkan.Babi juga adalah binatang yang menjadi agen atau pembawa kepada banyak jenisKUMAN dan VIRUS yang boleh menjadipenyakit MERBAHAYA kepada manusia. Ia ialah pembawa sebenar cacing Pita yang boleh membawa MAUT.
Menurut kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Winconsin terhadap babi mendapati terdapat satu sistem di kerongkong babi yang membolehkan perbagai VIRUS berkumpul di dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada sistem badan manusia. Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi sebagai “MIXING VESSEL” atau “BAHTERA PENGUMPULAN PELBAGAI KUMAN” sebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997.
Selain daripada itu, babi juga didapati tidak mempunyai leher untuk disembelih sebagaimana haiwan-haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman dari dalam badan haiwan itu tidak dapat dikeluarkan. Menurut ajaran Islam, darah binatang adalah NAJIS. Kemungkinan faktor ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya VIRUS di leher babi sebagaimana pendapat Saintis tersebut.
b) Makanan dan Minuman Yang Halal Berkait Dengan Kehidupan di Akhirat.
Sebagai hamba yang dijadikan Allah seluruh hidup dan mati kita hanyalah kerana Allah semata. Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU.”
Jika kita anak kita mesti patuh pada ibubapa kita yang merupakan ketua bagi kita. Jika kita bekerja kita mesti patuh kepada bos atau majikan kita. Sebagai hamba kita mestilah patuh kepada Tuan Kepada Segala Tuan Alam ini iaitu Allah S.W.T. Kepatuhan kepada seluruh perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya. Ini boleh membentuk akhlak & peribadi muslim yang percaya akan hari pembalasan, baik dan buruk yang telah ditentukan Allah. Maka berdosa orang yang mengingkari perintahNya.
MATLAMAT PENSYARIATAN HUKUM HALAL HARAM
nMemelihara kesucian agama
nMemelihara nyawa
nMemelihara jiwa
nMemelihara hartabenda
nMemelihara keturunan
MENGAPA PERLU HALAL
nMakanan membentuk keimanan kita bukan untuk jasmani sahaja.
nMakanan berperanan membentuk rohani yang bertaqwa
nMakanan diperlukan untuk kekuatan jasmani bagi tujuan beribadat kepada Allah
nAkal yang sihat dari badan yang sihat
Rasulullah s.a.w mengajar umatnya dengan sabdanya :
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”
nPastikan setiap makanan itu halal pada zatnya dan halal pada cara memperoleh
n Firman Allah:
“Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata”(Al-Baqarah 168).
nMakanan yang baik dan halal merupakan prasyarat amalan kebajikan diterima
nIbarat memasukkan minyak ke dalam pelita
nSabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap anggota tubuh badan yang membesar hasil daripada memakan makanan haram, sesungguhnya neraka adalah lebih layak untuknya”.
nIbarat memasukkan minyak ke dalam pelita
SUMBER HUKUM PEMAKANAN HALAL
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 173
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tidak menyebut nama Allah”.
Di dalam Al-A’raf ayat 157 Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”.
nRasulullah s.a.w bersabda:
“ Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (masbuh), ramai orang yang tidak mengetahui apakah ia termasuk dalam status halal atau haram?. Oleh yang demikian sesiapa yang menjauhi kerana kepentingan agama dan menjaga kehormatannya, maka ia selamat
(Riwayat: Bukhari , Muslim dan Tirmizi)
APAKAH DASAR PEMAKANAN DALAM ISLAM
nBerdasarkan al Quran dan Sunnah didapati Islam menyuruh manusia memakan makanan/minuman:
1. Halal
2. Baik
3. Berkualiti
4. Tidak membawa kemudharatan kepada
fungsi tubuh
5. mental manusia dan makanan itu selari dengan keperluan fitrah manusia.
GARIS PANDUAN MAKANAN MINUMAN BARANG GUNAAN HALAL.
nTerdapat 3 asas utama :
1. Sama ada makanan itu sendiri halal.
2. Sama ada makanan yang didapati adalah
daripada sumber yang halal.
3. Ramuan/ kandungan makanan merbahaya
kepada makanan tersebut.
4. Proses, penyimpanan, pembungkusannya
tidak bercambur dengan yang haram.
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE JUGA INGIN BERKONGSI TENTANG 8 JENIS MAKANAN TERBAIK DI DUNIA.
Ketahuilah,
Ada 8 JENIS MAKANAN TERBAIK di dunia Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat. 1. DELIMA Saidina Ali berkata :
"Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut". Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar. 2. KURMA Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. 3. ZAITUN Rasulullah bersabda :
"Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati". Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan. 4. ZA'FARAN Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir". 5. BUAH TIIN Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil. 6. HABBATUS SAUDA' Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 7.MADUFirman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud :
"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu" 8. KISMIS Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)".
Ada hadis yang menyebut : "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"
Akhirkata, marilah menyahut seruan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dengan kembali kepada amalan pemakanan SUNNAH dan makanan yang baik untuk KESIHATAN. Semoga beroleh pahala menghidupkan SUNNAH dan mendapat KESIHATAN yang baik dan dinginkan demi TUJUAN berbuat IBADAT pada ALLAH. “Sesungguhnya HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH”
BUAH ZAITUN
sangat istimewa kerana telah dinukilkan di dalam Al-Quran. Allah berfirman dalam
Surah al-Tin ayat 1 dan 2 yang bermaksud:
"Demi
buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina".
Di dalam Al Quran, BUAH ZAITUN disebut
sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali
lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti
tamar, delima, anggur dan buah tiin. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki
banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Gambaran
ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan
lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
BUAH ZAITUN atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di
kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol,
Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah
menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana
Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi
pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman
buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui
kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun
mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun
diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan,
mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu
pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika
minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan
pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat
meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda,
" Makanlah minyak zaitun, dan
sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak
tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu
merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah
dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti
Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa
negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam
pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi
tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam
Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati
diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko
seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat
didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah
bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang
terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak,
manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan
kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan
mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang
panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua
jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di
samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak
sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit
jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun
begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya
dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di
samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan
minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi
penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk
kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini
kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan
asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya
kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan
kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak
pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan
minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak
kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak
masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali
menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk
kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa
makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia
boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan
menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan
makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan
puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana
kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai
banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang
daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang
ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah
minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh
(beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai
yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk
kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun
dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat
pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat
bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al
Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
Minyak Zaitun Boleh
Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??
Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan
minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi
(kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa
diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah
berat badan...
MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN
JANTUNG, PERUT BUNCIT?
Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang
apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat
kelebihan minyak zaitun.
Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter,
berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah
taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun
kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk
dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap,
berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan
dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau
digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred
mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses
secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak
zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah
ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi
mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai
serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah
perisa dalam masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman
(kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya
hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana
ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang
terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah
memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak
zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung
koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai
masalah akibat proses penuaan.
Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun
menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah
penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi
masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan
mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah
sembelit.
Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak
zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak
zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses
penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2
dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi
boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut statistik, minyak zaitun merupakan
ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat
kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun
mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan
merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan
jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran
dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun
mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung
berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian
terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan
arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan
serangan jantung.
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh
"Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public
Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari
boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E
yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi
punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital
Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata
membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang
dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun
berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan
pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser,
makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika
Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara
yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai
risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca
kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada
badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
CARA PENGAMBILAN:
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke
dalam setiap masakan.
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka
(ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus
sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan
(ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus
sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
Sumber : IKIM dan www.tayibah.com
JIKA
ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELI BUAH ZAITUN HIJAU ATAU YANG TELAH
DIBOTOLKAN. BELI SECARA ONLINE DI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE. KAMI JUGA
MENJUAL MINYAK ZAITUN.
Delima atau ar-rumman
dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Di dalam al
Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan
serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].
Allah
menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk
menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai
buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah
delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di
sebalik sebiji buah delima?
Buah delima
merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah
sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-
tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al
An'am ayat 99 dan ayat 141. Di dalam ayat 99 Surah al-An’am Allah
berfirman yang bermaksud :
““Dan Dialah yang
menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami
keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari
pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan
buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur
dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan
yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99
Nabi
Muhammad SAW bersabda,
“Tidak ada delima yang tidak
mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda, “Buah delima dan kulitnya
memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi) Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah
delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia
melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada
satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah
satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah
sahabat) Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak
8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai
jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica
granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria.
Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di
Palestin dan Lebanon.
Nama perkebunan
delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal
yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan
utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir
Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh
seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9
meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar
segar.
Buahnya mula
berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama
sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna.
Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di
Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya
yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah
susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah
sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas
ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya
tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium
dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi
bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan
untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan
membuat kek.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi
perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah
delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam
agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau
dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang
melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima
sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung
kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang
kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan
disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan
halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima
tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa
mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan
lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji
buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima
mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit..
Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara
buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi
rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan
tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah
ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-
unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan
fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di
dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga
disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-
buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai
buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.
Menurut Ibn
Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia
amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan
melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan
Abu Nu'aim yang bermaksud:
"Buah delima dan kulitnya dapat
menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh
badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya
yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.
Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam.
Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan
darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung
dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu
menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima
disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas
penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima
banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu
seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini
sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang
mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak
langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan
begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid
yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami
perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti
bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat
menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab
melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika
diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat
digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam
industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi
punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah
delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia
dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Kini delima
ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan
Parsi termasuk :
Membaikpulih
fungsi hati dan limpa
Mencuci
buah pinggang dan salur kencing
Membantu
penghadaman
Membuang
lemak-lemak berlebihan
Menambah
tenaga
Mengelakkan
alahan bagi wanita mengandung
Mengubahsuai
hormon bagi wanita menopause
Membaiki
sistem pembersihan dan pengaliran darah
Merawat
@ membaikpulih pesakit kencing manis
Menambahkan
tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
Mencantikan
kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai
khasiat-khasiat lain seperti:-
Mengurangkan
pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah
tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
Mengurangkan
tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika
mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
Justeru, kemanfaatan
buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji
buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan
penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia
menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan
perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya
dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini
menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan
keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan
tersebut.
OLEH ITU,
MARILAH KITA MENGAMALKAN MAKAN BUAH YANG DISEBUT DI DALAM AL-QURAN YANG
TERDAPAT DI SYURGA IAITU BUAH DELIMA ATAU MEMINUM JUSNYA.
UNTUK
MEMBELI DAN MEMBUAT ORDER BOLEH TEMPAH MELALUI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE. KEDAI
ARAB USTAZAH ONLINE MENJUAL PATI DELIMA DAN JUS DELIMA
KOD 02 : PATI DELIMA : RM 25. PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD13 : JUS DELIMA GULSAN
KOD 38 : PATI DELIMA DAN KHAL CUKA KURMA : RM 50 PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 54: MINYAK HABBATUS SAUDA', MADU AL-SHIFA', PATI DELIMA, KHAL (CUKA KURMA) DAN BUAH TIN : RM120.00
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 53 : MINYAK HABBATUS SAUDA', KHAL (CUKA EPAL), MADU AL-SHIFA, PATI DELIMA DAN BUAH ZAITUN : RM 120
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 56 : MINYAK HABBATUS SAUDA', PATI DELIMA, MADU AL-SHIFA, CUKA EPAL DAN CUKA TAMAR (KHAL) : RM129
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
SESUAI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI ATAU DIJADIKAN HADIAH BUAT YANG TERSAYANG
Madu merupkan makanan Sunnah dan makanan
Kesihatan yang sangat terkenal dan diketahui umum. Kesahihan tetang RAHSIA MADU telah
disebut di dalam Al-Quran dan al-Sunnah (Hadis). Di dalam Surat An Nahl ayat 68-69 Allah
berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah;
“…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar
minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR
yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat
tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak
membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings”
daripada experiment yang dilakukan para saintis moden
Dalam ayat yang dinyatakan di atas secara jelas
disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan
pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia.
Sabda Nabi
s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.
Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta
penyakit keluar darinya."
Rasulullah
sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang
dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.
Madu dari sudut saintifiknya mengandungi
glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium,
potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi
vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan
kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di
samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah
yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu
dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free
radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser
(BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang
terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey
Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria,
fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih
cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh
merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan
(University of Cardiff, Wales).
Madu lebah
mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila
dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
A)
MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B)
MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
CARA
MENGGUNAKAN MADU:
1.BACA
BISMILLAH
2.SELAWAT
3 x
3.BACA
YA ALLAH 3 x
4.BACA
YA SYAFI 3 x
5.BACA
SURAH AN-NAHL AYAT 68-69
6.NIAT
SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN KESIHATAN YG BAIK DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT YG
DIHIDAPI
BERUBAT DENGAN MADU IKUT PENYAKIT
1. Batuk : madu + limau nipis (diperah)
2.Menguatkan
minda: madu + kismis
3.Menguatkan
tulang: madu + susu kambing
4.Menyembuhkan
luka dan melecur: sapukan pada luka
5.Lelah
dan sesak nafas: madu + lebak putih (diparut dan diperah)
6.Pembersih
muka: putih telur + limau nipis (diperah) + madu
7.Pelembap
muka: kobis + madu
8.Melangsingkan
badan: madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
9.Tenaga
batin: 1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
10.Wanita
mengandung: 1 sudu teh + khal (cuka kurma)/ cuka epal + minyak habbatus
sawda’ + pati delima. minum 2 kali sehari
BEBERAPA PERKARA PANTANG LARANG BERKAITAN MADU
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
SEMOGA KITA DAPAT MENGAMALKAN MADU SEBAGAI MAKANAN
SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN.
JIKA BERMINAT UTK MENDAPATKAN PRODUK MADU AL-SHIFA BOLEH KLIK DI BAHAGIAN PRODUK.